Tentang Kami dan Sejarah
Sejarah Penubuhan
Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 23 Mac 2003. YPBN ditubuhkan bagi menyahut seruan kerajaan untuk memajukan industri buku dan mengembangkan budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Kajian menunjukkan rakyat Malaysia adalah dalam kategori masyarakat yang kurang membaca. Mengikut UNESCO kira-kira 46% sahaja masyarakat Malaysia yang serius membaca. Mereka adalah terdiri daripada pelajar dan ahli-ahli profesional. Menyedari hakikat ini, YPBN memainkan peranan untuk membantu meningkatkan kempen menyemai budaya membaca masyarakat Malaysia dalam usaha mencapai wawasan negara.
Malaysia juga kekurangan penerbit yang menghasilkan buku yang bermutu tinggi. Kira-kira 90% buku yang ada di perpustakaan di seluruh negara adalah diimport dari luar negara. Oleh itu, YPBN berperanan untuk menyokong penulis-penulis berbakat dan penerbit baru dalam mempromosikan Malaysia sebagai pusat pengetahuan di rantau ini.
Objektif
- Membantu dan bekerjasama dengan pihak-pihak yang menjalankan gerakan dan kempen membaca di peringkat tempatan, negeri dan kebangsaan.
- Membantu pihak yang mengelolakan pameran buku untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan masyarakat.
- Membuat kajian untuk mengenalpasti bahan-bahan bacaan yang diminati oleh masyarakat.
- Mempromosikan buku-buku sambil membangunkan masyarakat Malaysia berpengetahuan melalui agenda budaya membaca dan perkongsian ilmu serta kepintaran menerusi acara-acara karnival dan anugerah.
- Mewujudkan Pusat Pengumpulan Buku dengan kerjasama syarikat-syarikat tempatan dan agensi kerajaan.
- Mengumpul buku-buku terpakai dan menghadiahkannya kepada perpustakaan terutamanya di luar bandar.
- Bekerjasama dengan penerbit-penerbit luar negara seperti Indonesia, Brunei dan Kaherah.
- Menganjurkan Anugerah Buku Negara untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat industri buku.
- Melancarkan aktiviti Akademi Buku Malaysia bagi membangunkan karyawan dalam bidang penerbitan seperti penulis, editor, pelukis dan pereka letak buku di peringkat negeri dan daerah.
Urus Setia
Pengerusi
TUAN HAJI HASAN HAJI HAMZAH
Tuan Haji Hasan Hamzah merupakan seorang pelopor dalam pembangunan industri buku di Malaysia. Berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang penulisan dan journalism. Aktif sebagai penulis dan penganalisa yang prolifik serta berpengalaman luas dalam bidang penerbitan selama lebih 30 tahun. Beliau juga aktif sebagai usahawan dan menerajui beberapa organisasi swasta yang terlibat dalam industri penerbitan, telekomunikasi dan multimedia. Beliau telah menerajui beberapa persatuan utama dalam industri buku tempatan dan antarabangsa. Mantan Presiden Persatuan Kontraktor Buku Malaysia, Setiausaha Agung Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Pengerusi Ekspo Buku Malaysia, Pengerusi Anugerah Buku Negara, Pengerusi Forum Buku dan Pengerusi International Book Conference. Beliau mewakili Malaysia ke banyak persidangan industri buku antarabangsa. Beliau adalah penerbit Ensiklopedia Malaysiana (18 Jilid), Ensiklopedia Warisan & Kesenian Islam (11 Jilid), Ensiklopedia Dunia Melayu (9 Jilid), Ensiklopedia Global (21 Jilid) dan Encyclopedia Of Hansard (210 Jilid). Antara buku yang ditulis oleh beliau ialah Mahathir The Great Malaysian Hero (1991), Umat Islam di Negara Kafir (1984) dan banyak lagi buku berunsur politik dan sejarah bangsa.
Kajian menunjukkan rakyat Malaysia adalah dalam kategori masyarakat yang kurang membaca. Mengikut UNESCO kira-kira 46% sahaja masyarakat Malaysia yang serius membaca. Mereka adalah terdiri daripada pelajar dan ahli-ahli profesional. Menyedari hakikat ini, YPBN memainkan peranan untuk membantu meningkatkan kempen menyemai budaya membaca masyarakat Malaysia dalam usaha mencapai wawasan negara.
Malaysia juga kekurangan penerbit yang menghasilkan buku yang bermutu tinggi. Kira-kira 90% buku yang ada di perpustakaan di seluruh negara adalah diimport dari luar negara. Oleh itu, YPBN berperanan untuk menyokong penulis-penulis berbakat dan penerbit baru dalam mempromosikan Malaysia sebagai pusat pengetahuan di rantau ini.
Setiausaha Kerja Dan Keantarabangsaan
ABU HANIFIAH MD SALEH
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Serkat Pontian Johor, memperolehi Diploma Teknologi Perkayuan & Pengurusan Hutan dari Institut Teknologi Kerjaya Shah Alam. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Peneliti dibawah Pejabat Pengerusi Montfort University Of London cawangan Asia yang berpejabat di Kuala Lumpur juga selaku Setiausaha Kerja kepada Dato Hj Ahmad Abdullah di firma Ahmad & Goh Public Accountant Singapore - Penang - Sarawak.
Bergiat cergas dalam bidang ICT, Penerbitan dan Juruperunding bersama rakan-rakan antarabangsa dalam dan luar negara. Beliau juga pernah terlibat sebagai Ahli Kumpulan Teknikal dalam menangani Penyelesaian Y2K dan ICT Negara dibawah Jawatankuasa Pemandu Y2K Kementerian Teknologi dan MAMPU dibawah Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Johor dan SMIDEC Geran Y2K dan ICT dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa untuk hal hal teknologi E-Commerce dan Geran Promosi untuk usahawan usahawan Perusahaan Kecil Sederhana seluruh negara.
Selaku Setiausaha Kerja dan Keantarabangsaan Yayasan Pembangunan Buku Negara beliau bergiat cergas menyempurnakan kerja - kerja memajukan korespondan dan integrasi kepada kumpulan kumpulan pengarang dan syarikat syarikat penerbitan diperingkat Asia, Afrika, Eropah, Amerika, China, India dan seluruh dunia.
Antara korespondan yang sedang giat dimajuka pada waktu ini ialah bersama kumpulan Jurutera dalam dan luar negeri bagi memperkasa penerbitan dan perbukuan penyelesaian Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan mengatasi Pemanasan Global menerusi Sekretariat Teknikal JKASUKM-JPZ 2007 bertema "Ke Arah Kejuruteraan Global dan Pembangunan Lestari", Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia., International Technical Seminar UKM-CAU-JPZ 2010, organized by Universiti Kebangsaan Malaysia, Chung Au University and Jurutera Perunding Zaaba, Seoul, Korea.International Technical Seminar UKM-CAU-JPZ-BEM ON GREEN TECHNOLOGY AND ENTREPRENEURSHIP TOWARDS SUSTAINABLE DEVELOPMENT, 2012 organized by Universiti Kebangsaan Malaysia, Chung Au University, Jurutera Perunding Zaaba and Board of Engineers Malaysia.
Penasihat
DATO' DR. MOHAMAD MANSOR ABDULLAH
Dato' Dr Mohamad Mansor merupakan bekas Professor dan Timbalan Naib Chanselor, Universiti Kebangsaan Malaysia. Berkelulusan doktor falsafah (Ph.D.) dalam bidang pendidikan dan kaunseling dari La Salle University, Louisiana State, Amerika Syarikat, beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang pendidikan, kaunseling dan penulisan buku ilmiah, novel serta jurnal di peringkat tempatan dan antarabangsa, juga merupakan seorang penganalisa dan aktivis persuratan melayu. Beliau juga kini menjawat jawatan Pengerusi Yayasan Kerjaya Malaysia (YKM), sebuah organisasi berdaftar bebas yang mendukung Agenda Pembangunan Modal Insan Negara.
Penasihat
TUAN HAJI ZULKIFLI HAJI ZAINAL ABIDIN
Tuan Haji Zulkifli merupakan seorang pensyarah dan perunding yang bertauliah dan diperakui oleh CITD (UK), dan juga berkelulusan MBA dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia. Beliau adalah seorang yang berpengalaman luas dalam bidang Latihan dan Pembangunan Tenaga Kerja dan telah berkecimpung dalam bidang latihan dan pembangunan modal insan selama lebih 25 tahun. Beliau juga aktif dalam memberikan khidmat nasihat kepada beberapa badan bukan kerajaan, dalam dan luar negara.
Penasihat
TUAN HAJI HAZIZAN HAJI HARUN
Tuan Haji Hazizan merupakan seorang konsultan ICT yang telah lama terlibat di dalam bidang pengurusan projek dan inisiatif khusus sektor Perbankan Islam samada di Malaysia mahupun di peringkat Antarabangsa. Memiliki Diploma in Banking dari Mara Institute of Technology (kini UiTM), beliau merupakan seorang eksekutif ICT dan perbankan yang berpengalaman luas di dalam menguruskan operasi Bank Perdagangan (Bank of Commerce) melebihi 25 tahun. Beliau kini aktif dalam bidang khidmat nasihat dan perundingan di beberapa institusi kewangan tempatan dan juga aktif dalam industri IT dan telekomunikasi.
Ketua Pegawai Eksekutif / Penasihat Undang-Undang
MOHD ZAKRY SA'ED
Mohd Zakry berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB Hons) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan merupakan seorang peguambela dan peguamcara bertauliah di Mahkamah Tinggi Malaya (non-practising). Berpengalaman luas dalam bidang undang-undang dan korporat, beliau pernah berkhidmat sebagai peguam panel kepada beberapa syarikat dan organisasi swasta yang tersenarai di bursa saham tempatan dan antarabangsa, selain pernah mengendalikan beberapa kes di peringkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Beliau telah mengembangkan sayapnya dalam bidang penerbitan setelah dilantik sebagai editor perundangan di Thomson Reuters, sebuah organisasi penerbitan dan media antarabangsa, di mana beliau telah berkhidmat di organisasi tersebut selama lebih 5 tahun. Beliau kini aktif dalam bidang pengurusan korporat, penerbitan dan editorial di peringkat tempatan dan antarabangsa, selain bertindak selaku penasihat perundangan kepada Yayasan Pembangunan Buku Negara dan organisasi yang berkaitan.
Pengurus Besar
MOHD RAZALI BAHAUDIN
Mohd Razali berkelulusan Ijazah Sarjana (MBA) (Kewangan) dari Amerika Syarikat dan merupakan bekas eksekutif di salah sebuah bank milik kerajaan Malaysia yang menjana dan menyokong sektor industri sederhana dan hiliran. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pembiayaan dan pengurusan projek serta khidmat perundingan. Beliau adalah seorang penceramah dan perunding yang bertauliah dari The World Association of Training for Development yang berpusat di Washington D.C. Amerika Syarikat, pemegang Certificate in Business Diagnostics and Analysis for SMEs (Program usahasama Syarikat Jepun, Bank Negara Malaysia dan Bank-Bank Pembangunan Malaysia) dan kini terlibat secara langsung dalam menganalisa kedudukan kewangan korporat, perniagaan kecil dan sederhana serta aktif mengendalikan kursus-kursus dan bengkel latihan dan perundingan di dalam bidang pendidikan, kepimpinan, kerjaya serta pembangunan perniagaan mikro, kecil dan sederhana.
Pengurus Projek
MOHD KHAIRUDIN SA'ED
Memegang jawatan sebagai Pengurus Projek, Mohd Khairudin mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pengurusan dan penerbitan, percetakan, multimedia, selain menguruskan projek-projek berkaitan telekomunikasi dan pembekalan perkhidmatan. Bekelulusan Diploma (BA) dalam bidang pengurusan dan pembangunan perniagaan dari Universiti Industri Selangor (UNISEL), beliau juga telah terlibat dalam industri penerbitan selama lebih 10 tahun dan kini aktif dalam menguruskan perjalanan dan operasi beberapa badan dan organisasi nasional termasuk menjayakan beberapa program di bawah naungan Yayasan Pembangunan Buku Negara.
Penyelaras Operasi
ZAINAL RASHIDIN
Memegang jawatan sebagai Penyelaras Operasi, Zainal Rashidin mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang fotographi, video, media dan multimedia, penerbitan majalah dan filem, pemasaran serta pengeluaran produk-produk kreatif. Beliau telah terlibat dalam industri penerbitan kreatif selama lebih 20 tahun dan kini aktif dalam menguruskan perjalanan dan operasi beberapa badan dan organisasi nasional termasuk menjayakan beberapa program di bawah naungan Yayasan Pembangunan Buku Negara.
Eksekutif Operasi
AMIR ASYRAF BIN MOHD RAZALI
Memegang jawatan sebagai Eksekutif Operasi. Amir Asyraf merupakan lulusan peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di salah sebuah universiti tempatan. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang mekanikal dan rekabentuk, selain aktif dalam menguruskan operasi dan program di bawah naungan Yayasan Pembangunan Buku Negara.
































